NUKILAN MU'MINAH
Posted by Mohamed Bukhairy | | Posted On Tuesday, October 27, 2009 at 12:23 AM
Salam ikhlas penyeri ukhwah,segala puji total buat DIA hanya dia sahaja yang layak dipuji tiada yang layak dipuji melainkan dia..begitu dekat sekali DIA dengan hambaNYA,namun masih lagi dIBUAI MIMPI FANTASI YANG KOSONG..TIADA KESUDAHAN.Sudah lama tidak mengadaptasi blog yang serba comot ini,malu juga rasanya kerna tiada sebarang coretan yang hendak di ukirkan,tapi DIA yang menggerakkan hati untuk menggagahkan daku untuk sedikit nukilan.Tiba-tiba terasa miang tangan ni nak menaip.hehe..sejenak memekirkan diri yang sering diburu keresahan,berpencak dengan nafsu ammarah yang menyuruh segala kejahatan.Sering kali gagal melawan 'WHISPERZZZ'' syaitoni di gelora jiwa..mudah mudahan dikuatkanNYA menolak bisikan durjana ini..Sekilas pandang suatu untaian yang agak menarik hendak dikongsi bersama para musafir di bumiNYA ini berkenaan dengan martabat wanita dan lelaki,memandangkan sekarang ni zaman cintan- cintun..maka berbondong bondong para pelajar, remaja, pemuda pemudi,hatta di kalangan retua menagih damba kasih seseorang..huhu..terasa diri sunyi,ketiadaan teman dan bermacam macam lagi kata2 berbau kebungaan yang cek xtaw nak habak(alamak cakap kedah pulak,sebab beberapa hari lalu p menetap umah sahabat di kedah)huhu..
Jadi dikesempatan ini,ingin hamparkan sedikit kata2 buat pembaca agar sentiasa istiqamah dan iltizam dalam kehidupan,ratapilah sejenak kalam ini ek..
.::LELAKI::.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanitanya teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al- Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.(bukan rasul KAHA)bukan nama sebenar,hehe
Jadi dikesempatan ini,ingin hamparkan sedikit kata2 buat pembaca agar sentiasa istiqamah dan iltizam dalam kehidupan,ratapilah sejenak kalam ini ek..
.::LELAKI::.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanitanya teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al- Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.(bukan rasul KAHA)bukan nama sebenar,hehe
salam..puitis jgA enta ni..
ayuh rijaluddakwah, kobarkan semangat jihadmu,genggam erat bersama tangan sahabatmu, di san amenanti kita, ummah yang bergelumang dosa, ummah yang dahaga ilmu dan cnta-Nya, di sana menanti kita, fajar pagi bersama nur islam, di sana setia menanti kita, sejarah kegemilangan islam utk diulang
ehem...mantap jugak syeikh ayat enta,,tapi puisi ni ana tau sapa yang tulis,,,Kak Fatimah Syarha lah,ada terkandung dalam novel Syabab Musafir Kasih...pasni wat sendiri tau hu3..Istiqomah ya
Salam sahabatku,mgkin saudara mengenali saya,di suatu tmpt dlu kita berjmpa. terbaca pulak saudara punya pos membaca blog seronok menuturkannya terlebih seronok dan mudah..sungguh hairan melihat pelbagai manusia di dalam blog2 nya memainkan kata2 puitis dan bermada.tapi aku takut sekali apa yang aku tuliskan diblogku tidak mencerminkan diriku,apakah pada blog itu tidak mendatangkan riak.apakah perlu diceritakan semua pada orang?aku berasa malu andai aku tidak jujur pada diri,kerna menipu diri.berapa bnyak manusia tertipu dengan dirinya,dngan pujian yang memabukkan.sakit sekali bila disiksa oleh perasaan,perit tidak terkata.andai dipuji itu ingatlah,kerna allah meyembunyikan aibmu,andai dibuka aibmu pasti tiada siapa yang akan mendekatimu.aku pasti kau juga pencipta tasauf sepertiku.selamilah rahsia dirimu,jangan dibelenggu dengan pujian.tutuplah aib2 saudara2mu,pasti ditutup aibmu.berapa banyak blog2 dipenuhi dengan pelbagai kata2 yang hebat,tapi hanya kosong.ibarat tin diketuk bunyi kuat.Jangan jadi seperti mereka,gilap hati dengan tafakkur samudera diri.Sesungguhnya orang yang bersih hatinya tidak mahu dikenali orang.Aku harap kalam kau ini setimpal dan secocok dengan diri dan peribadimu,(dari yang mencintaimu dengan tulus)renungkan.
salam alaik..
indah sungguh ayat2 tu..
trkndung mkna yg mndalam..
smoga ada lg rijal2 acuan islam sejati..kebanggaan agama.
sedangkan rasulullah dulu pun diberikan mukjizat dengan al-quran..yang mana ayat2nya yang mempunyai keindahan dan kesenian yang tinggi mampu menjatuhkan dan menewaskan syair2 arab ketika itu..hal ini menunjukkan keindahan bahasa dan puitis itu perlu dalam gerakan dakwah waima masa kini sekalipun...
mai nak tunjuk lelaki dahulu kala ...ada kat maahad banting