NUKILAN MU'MINAH

Posted by Mohamed Bukhairy | | Posted On Tuesday, October 27, 2009 at 12:23 AM

Salam ikhlas penyeri ukhwah,segala puji total buat DIA hanya dia sahaja yang layak dipuji tiada yang layak dipuji melainkan dia..begitu dekat sekali DIA dengan hambaNYA,namun masih lagi dIBUAI MIMPI FANTASI YANG KOSONG..TIADA KESUDAHAN.Sudah lama tidak mengadaptasi blog yang serba comot ini,malu juga rasanya kerna tiada sebarang coretan yang hendak di ukirkan,tapi DIA yang menggerakkan hati untuk menggagahkan daku untuk sedikit nukilan.Tiba-tiba terasa miang tangan ni nak menaip.hehe..sejenak memekirkan diri yang sering diburu keresahan,berpencak dengan nafsu ammarah yang menyuruh segala kejahatan.Sering kali gagal melawan 'WHISPERZZZ'' syaitoni di gelora jiwa..mudah mudahan dikuatkanNYA menolak bisikan durjana ini..Sekilas pandang suatu untaian yang agak menarik hendak dikongsi bersama para musafir di bumiNYA ini berkenaan dengan martabat wanita dan lelaki,memandangkan sekarang ni zaman cintan- cintun..maka berbondong bondong para pelajar, remaja, pemuda pemudi,hatta di kalangan retua menagih damba  kasih seseorang..huhu..terasa diri sunyi,ketiadaan teman dan bermacam macam lagi kata2 berbau kebungaan yang cek xtaw nak habak(alamak cakap kedah pulak,sebab beberapa hari lalu p menetap umah sahabat di kedah)huhu..
Jadi dikesempatan ini,ingin hamparkan sedikit kata2 buat pembaca agar sentiasa istiqamah dan iltizam dalam kehidupan,ratapilah sejenak kalam ini ek..

.::LELAKI::.

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya boneka Yahudi.


Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,

Bila seorang wanitanya teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al- Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.(bukan rasul KAHA)bukan nama sebenar,hehe