"Tanda bergantung pada amal itu adalah kurangnya berharap pergantungan pada ALLAH tatkala terjadi dosa atau musibah"

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Thursday, October 14, 2010 at 4:11 AM

Betul ke ni?? Aku harap ini mimpi ya Allah.Janganlah benda ini terjadi ya Allah.Itulah bentakan hati penulis ketika hari jumaat tanggal 24/10/10 seusai kelas hubungan etnik.Sekembali di bilik,didapati Laptop diambil tanpa diberitahu dan diminta izin kepada penulis.Sangkaan baik kepada teman bilik yang mungkin pinjam untuk presentation,ternyata meleset setelah diketahui kebenarannya.Menahan perasaan tidak terkata,nafsu ammarah dibakar dengan marak,syaitan mengmbil tempat mengibas-ngibas sambil meniup rambu-rambu keinginan untuk menjadi melayu jahiliyah.Bergegas menjadi tidak keruan,bertnaya kepda jiran2 yang mungkin melihat pencuri.Beberapa jam teringat bait "TAKDIR ITU MENDAHULUI TADBIR".Akhirnya rebah dan akur kepada takdirNYA sebagai hamba yang seakan sesat di persimpangan sendiri.Diperam perasaan secukup waktu agar tidak dibau hanyir oleh teman-teman,namun jauh disudut hati masih memikirkan kecamukan yang berakar serabut difikiran.

Stress tanpa diundang mula menziarahku,tidak dapat tidak untuk penulis menghalau kerana kuasa autonominya mengatasi kekuatan penulis.Maka terpaksalah untuk membiarkannya menetap seketika di fikiran ini.Monolog dengan diri sahaja lah yang menjadi rawatan yang paling mujarab bagi diri.Hendak khabarkan pada teman,mungkin menagih kasih pada makhluk.Seketika memikirkan apakah yang mampu dilakukan di saat ini.Hanya dapat mencapai buku "Di mana DIA dihatiku"untuk men topup semangat.Yes....yes....bagus
Penulis mula mendapat vaksin dari buku itu,bagai telah disarungkan satu ilmu baru untuk membangkit jiwa giroh juang.Mula untuk bersuci dalam sujudku yang dalam..untuk tegak melangakau masa depan.Maka disaat itu terpakai juga pesanan seorang tua padaku" Kau mesti  mulakan perjuangan ini,mula lah melangkah walau setapak agar dapat menapak kukuh.bukan sekali tapi berkali kali. walaupun kadangkala kecundang.Hati pasti merintih bila pedih,pasti duka bila terluka.Biar jatuh bertongkat dagu,mengalah tetap tidak.


Minggu itu,bertimpa-timpa gelisah yang singgah bersemayam di hati ini.Soal program,assigment,urusan PTPTN,sifat pelupa mula mentajallikan dalam fizikal,menjadikan penulis begitu binggung dan tidak terurus,ditambah dengan ngauman nista dan dosa di mendakan otak.Sekali lagi teori "rehatkan fikiranmu dari kerisauan daripada tadbir keperluan duniamu,sebab apa yang telah dijamin/diselesaikan oleh lainmu,tidak usah kau sibuk memikirkannya" menjadi praktikal bagi penulis.Inilah teori murabbi lagi mursyid oleh guru yang tidak pernah mengaku penulis sebagai anak muridnya,yang hanya penulis yang bermain minda dengan teori ciptannya yang termaktub dalam kitab wajib bagi para salik sufi.
Walau dari kejauhan ia berbau seperti qadariah,tapi ianya ilmu yang sangat halus yang perlu diperhalusi.Sebagaimana kita diperintah untuk tidak mensyirikkan DIA dengan berhala,pokok,binatang dan manusia,maka janagnlah juga menyekutukanAllah dengan kekuatan diri sendiri,seolah olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanapa rahmat dan pertolongan Allah.Telah menjadi sebatian kepada kita untuk berpegang pada falsafah mukmin itu diberi dugaan, sabar ia dan diberi nikmat  syukur ia.Akhirnya syukur dan sabar itulah punca bahagia.

Untuk mencapai perubahan maka perlu berubah,bangkit dan tangkas dalam langkah.Kata orang yang tidak berubah itu hanyalah perubahan.Teruslah terobos zon yang tidak selesa untuk mencabar kewibwaan diri yang dijilat.Berpencak di sana dengan sekudrat tenaga,sehingga memaksa diri berubah.Tega kakimu untuk pasakan langkah,dan ketika disapa duri jangan kabur mata yang meratap.

DURJANA..

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Tuesday, June 8, 2010 at 11:20 PM


Ribut barat melanda dunia
Angin barat bertiup hebat gah,
Apa yang dilandanya pasti binasa
Apa yang dihembusnya pasti terkambus
Apa yang dilanggarnya pasti berkecamuk


Hembusan angin barat merosakkan generasi muda
Anak2 muda terikut2 gaya barat
Berambut panjang seperti sakai di hutan dan gua batu
Menari seperti beruk baru mendapat bunga
Terlompat2 seperti sotong dilaut
Terpekik pekik dan memekak seperti dirasuk iblis
Itulah kata mereka kemajuan
Itulah yang dibilang ketamadunan
Itu juga digelar moden dan dijadikan tauladan



Otak dan pemikiran mereka dicuci dengan air hanyir barat
Hingga mabuk lupa diri lupa asal
Kalau kena muntahnya busuk bukan kepalang
Hilang malu hilang maruah dan adat
Rosak akhlak rosak iman rosak badan

Barat itu dajjal besar dunia,
Pembohong terbaik  alam semesta
Bijak bermain kata2 dan kayu tiga
Mulut disumbat pisang,dalam pisang ada duri
Silap langkah,tertelan duri
Pandai bermuka muka

Musang berbulu ayam
Pepat diluar,pancung didalam
Temberang dijaga jangan dipecah tembelang
Kakitangan hipokrit
Itulah perangai Barat
Itu juga peranagi dajjal
Munafik agung abad ini.
Membunuh sana sini

Jangan kau terhanyut oleh air bah yang hanyir itu..
Kelak hatimu berkarat
Ibarat paku karat yang membawa penyakit bila tercucuk
Maka teruskan berzikir,zikir khafi atau jali
Agar jiwa kuat melawan godaan  setan2 halus

Binasalah kau barat + isarael= dajjal
Mampuslah kau
Bangsa yang tiada hati dan perikemanusiaan
Laknat  ke atas kamu

Bila kamu bertanya tentang AKU..

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Tuesday, April 13, 2010 at 2:19 AM

                                                                  Jauhnya perjalanan ini



Apakah jauh dengan Allah..
Padahal DIA lebih hampir dengan urat leher..


Apakah dekat dengan Allah..
Padahal DIA tidak terjangkau dengan akal..


Apakah  hakikat dekat dan jauh itu..
Padahal dekat dan jauh itu tidak terpakai padaNYA..


Lalu bertanya diri ini..
Akhirnya dari lubuk yang dalam keluar natijahnya..









Jauh dan dekat bukan dari waktu dan ruang..
Jauh dan dekat itu hanya segi keyakinan dan waktu..
Tidak yakin itulah jauh..
Yakin itu dekat..
Yakinlah IA maha dekat..
Yakinlah IA dekat sentiasa..
Itulah dekat namanya..


Kalau kamu ragu-ragu..
Kalau kamu kurang percaya..
Kalau kamu anggap IA jauh..
Itulah jauh namanya..


Itulah jauh dan dekat..
Segi  nilai keyakinan yang dilihat ..
Pandangan hati yang hakiki..

Apalah Gunanya..

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Friday, April 2, 2010 at 4:37 PM

Apalah gunanya parang
Kalau tidak boleh menebas,


Apalah gunanya senapang,
Kalau tidak boleh menembak,


Apalah gunanya pena berdakwat,
Kalau tidak boleh menulis,


Apalah gunanya wang,
Kalau tidak laku,


Apalah gunanya rumah,
Kalau tidak boleh didiami,


Apalah gunanya bunga,
Kalau tidak cantik berseri dan wangi,


Apalah gunanya ilmu,
Kalau tidak diamalkan,


Apalah gunanya teori,
Kalau tidak dipraktikkan,


Apalah gunanya iman,
Kalau tidak dihayatkan,


Apalah gunanya baginda nabi MUHAMAD(SAW),
Kalau tidak diturutkan,


Apalah gunanya ALLAH,
kalau tidak dituhankan.

Hmm..Tinggal Menjadi Kenangan..

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Friday, March 19, 2010 at 1:58 AM

Selesai je exam paper nahu n sorof terdetik di hati"Pas ni aku kena tinggalkan Nilam Puri",bisik hati ni..Hmm.Entah bila boleh jenguk lagi bumi serambi Mekah ni.Nilam puri ni banyak mengajar penulis tentang kehidupan,banyak pahit manis yang dilalui di sini..Teringat sewaktu mendapat tawaran ke um nilam puri,sewaktu tu penulis berada di kedah Kupang..dapat je info dari keluarga terus turun hentian duta then ke kelantan tanpa membawa bekalan baju2,kerana x sempat sebab esoknya adalah hari terakhir pendaftaran.Perjalanan mengambil masa yang lama kerana menggunakan laluan dari Terengganu,lebih kurang 12 jam..sampai je um ni,terus daftar n balik,sampai kerani tu pun pelik,sebab datang semata mata nak daftar..lusanya datang pulak,membazir je.Tapi penulis terpaksa kembali ke kedah untuk ambil barang2 yang masih ada di sana,dari kelantan terus ke rumah,dari rumah terus ke kedah,.bayangkan penat x hilang lagi terus naik motor dengan abang ke kedah pada waktu subuh..nala punya sejuk,tolak jam 5 sampai jam 2 petang.jam 7 terus pulang naik motor 125z ke kl.Masya allah,penatnya Allah je tau,sampai tersengguk2 bawa motor.Sampai pada jam 5 pagi..itulah kepenatan yang xdapat dilupakan hanya kerana untuk belajar di um nilam puri..tapi harapnya kepenatan tu berbaloi dan tidak sia2 begitu sahaja..

Jadilah pelajar um np sem 1..terkejut gak dengan budaya di sini,macam 2 istilah biah solehahlah,ikhtilat, pelik2 je(padahal jahil).Tapi semua 2 mmg perkara yang dilandaskan oleh islam (bukan bidaahlah).Agak terkejut sebab banyak pelajar panggil penulis ustaz,padahal penulis juga penuntut ilmu seperti mereka..hal ini disebabkan wajah penulis agak tua n matured(kononnya).Kemudian ditempatkan dalam kelas majmuah 6,agak tergamam sebab mix dengan student2 muslimat..Pas 2,tiba2 dapat task untuk terjemah kitab.."GILA KE DEPA NI INGAT AKU TOK GURU NAHU MCM SIBAWAIH ATAU KISAI KE"geram hati  penulis.Tapi penulis amik je,buat pekasam sampai je hari yang dinantikan kelam kabut x buat apa2..hhuhu malam 2 mmg x tdow r dok buat n bahagi ckit dgn muslimat.Tapi walaumcm mne pun tetap x menang..tapi x mengapa masih belajar.Macam2 dibuatnya time sem 1 n 2,p jalan2lah,assgmnt copy paste,pergh..sampai bila nak pandai.

Tapi sem 2 agak sengsara sebab ade subjek  math yang agak teramat tidak diminati.Kalau subjek math je ari selasa mmg resah n gundah gulana hati ni,xsdap dduk.Sebab x faham n xdapat nak faham n xnak faham(kejam gila)..kalau habis je atau batal je kelas suatu kesyukuran yang dinntilah. yang xdapat nak ditafsirkan.Tapi malang memang berbau busuk,akhirnya kerana kerakusan dan kebencian yang mendalam itu telah meragut kecantikan pointer penulis dan sekaligus menempatkan penulis untuk menduduki semula subjek tersebut pada  sem akan datang..wargh....berkecai gila hati ni..tapi ini merupakan dugaan harus hadapi juga.Lagi terkejut penulis di lantik jadi  exco kat kolej.dahlah sebelum ni  jarang terlibat dengan kepimpinan,pas 2 program2 mpp/jtk haram mmg x pernah turun wat hal sendiri je,tapi tulah orang kata (god works in mystery ways).Akhirnya terpilih jadi bhgian kenegaraan etika n rohani.Mana x terkejut memang xreti wat kerja,kertas kerja pun xtahu..huhu


Masuk je sem 3,program pertama diletakkan bawah anjuran penulis. program pemantapan akidah .biru biji kundang muka nak settle,tapi ade kawan2 yang yang bertugas.Alhmddlh,Pas 2 barulah berjinak2 dengan tugas2 ni..dan di sinilah belajar untuk tidur lewat sebab wat kerja,di sinilah belajar erti kerjasama,ukhwah,dan benda2 ni manis sekali dirasai.Kdg2 terpksa beljar berlapang dada,tolak ansur.Paling bez,belajar berkorban untuk orng len,(bukan sembelih mcm raya korban).Paling pilu,wat program orang x datang..mmg menyirap(bukan air siraplah),walau iklan dah wat,penceramah  hebat2 pun  masih xdatang juga bdak2 um ni.Di Kelantan ni sempat untuk mendapat keluarga ibu angkat di Jeli,dapatlah juga merasa suasana kampung.Sempat juga p tengok kehidupan orang asli di sekitar sana..dapat juga memahami sebelum difahami..sumanya menjadi pengalaman baru..tapi nak jadi cerita,time final exam sem 3,penulis dapat lulus subjek math,ini bermakna xperlu repeat semula untuk sem 3,waa x tergambar perasaan oo,hanya menjadi teka teki yang meninggalkan 65281 soalan di minda(mcm mana boleh lulus????)

Sem 4 agak mencabar,kerana agak berbeza dengan sem2 sebelumnya(maklumlah sem lastz),subjek2nya bleh tahan.Pendekatan yang digunakan juga agak b'lainan berbanding sem2 sebelumnya.Subjek praktikal ibadat memerlukan kekuatan hafalan yang kuat kerana dipaksa hafal,tapi x hafal2 juga,subjek hadis kena hafal 50hadis..tapi kalau tanya sekarang cmfirm xingat sebab(belajar untuk exam).Time ni juga kalut,sebab kena balance masa dgn pengurusan dan task2 lain..sempat juga buat Hari Terbuka UM NP 2010..dalam keadaan tergesa gesa.Memang banyak rintangan sebab persediaan x rapi,dan penyusunan organisasi agak camca merba,tapi syukur semua berjalan lancar sampai masuk surat khabar..huhu.Teringat juga program di kedah bersama sahabt2 semajmuah.Banyak persediaan depa wat.Sampai p kedah cari sumbangan,3 4 kali turun kedah,mmg btul2 kuat tarbiyah btul depa ni,nasib baik budak2 sek yan 2 baik2,xnaik r darah ni..huhu,tapi di hati ni ade juga rasa mcam xnak push sgt studnt2 nii sebb depa ni cerdik2 belaka,tapi 2 lah,setiap yang berjumpa pasti berpisah jadi menitislah air mata ni sebb berpisah dengan depa..nak wat cam mana,ni berkait dengan perasaan beb,hnya org yang ade rasa je dapat rasa(bukan sivarasa yang peguam india anwar 2lah)


Melatih Geng2 Nordin Mat Top(huhu)
Latihan supaya sayang islam lah

Masuk je minggu exam,bilik2 pun xlah memekak seperti dulu,penulis beranngapan mereka sedang beruzlah untuk mentelaah kitab2 kot di bilik masing2,tapi seperti biasa,penulis dibayangi kertas math sem 2 yang penuh misteri..tapi harapnya dapat lluslah,,habis je paper2 suma,dah terpikir nak balik..tapi awal lagi..jadi plannya p jalan2 di sekitar kelantan.tapi sempat bersama shbat2 majmuah untuk kali terakhir di bachok,mcm biasalah,xde menda len selain makan.huhu,adelah slot teka teki ala2 bombastik,seronoklah juga.Pas tu adelah juga sesi sharing moment,kononnya ukhwahlah..sedih2,nak pisah,adoi lemah btul,tapi keluar juga air mta ni,(jatuhlah saham)huhu.Agak lewat juga habis,sekitar jam 5 petang..malam 2 ade plak Malam Anugerah Kolej wat di Hotel Renaisance..agak grandlah programnya..barisan tertinggi UM pun turun..pengetua2 kolej
Amanat pihak HEP amat berharga dan amat besar harapan mereka untuk melihat lepasan APIUMNP ni di UM KL.. pas 2 ade sesi video n penyampaian hadiah,masa ni mmg DIA uji penulis,ade lah benda yang xdisangka2,dan ianya mmg ajaib.(
 sesi fotografi

 1st b'gmbar dgn roomate,(senyum paksa)

Sahabat2 yang penulis hormati dan sayangi kerana DIA,harapnya hangpa semua teruskan kehidupan masing2 dan manfaatkan cuti sem ni sebaiknya,(kalau korang xbaca blog ni pun xpe)yang penting kita bina kekuatan melalui ukhwah*(ukhwah 2 bkan makan dalam talam je)*,tambahkan duit atau ilmu atau apa2 lah yang boleh ditambah supaya menjadi sesuatu yang bererti dalam hidup ni..yang penting bulan 7 sambng ngji balik d kampus utama.

PAS ni masuk BARISAN

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Thursday, March 4, 2010 at 1:52 AM

Alhmdllh ada kesempatan untuk tangan ni menari menaip di laptop ACER (ASPIRE ONE) setelah lama menyepikan diri..(tandanya malas nak up date).Sedang dirundum gelisah pagi tadi apabila exam soalan praktikal ibadat melangkaui pemikiran ortodok yang berdasarkan soalan lepas..tidak terjangka soalan berkaitan dengan dalil dari Al Quran dan hadis mengenai hukum2 jenazah akan dijelmakan dalam soalan.tapi sebenarnya penulis telah diberi tahu oleh al fadil Prof Madya Dr Syukri pensyarah mengenai subjek tersebut tapi dalam bentuk kiasan.katanya pada penulis dan sahabat penulis"enta baca bab janaiz,sebab enta tidak akan mampu untuk mencipta ayatnya untuk SELAMA LAMANYA.Ayatnya tidak boleh enta goreng2 melainkan dengan cara hafaz dengan tepat.Aduh!!!dalam kiasan wujud kenyataan dan itulah realiti yang telah dinyatakan oleh beliau..maka penulis hanya boleh tersenyum ala2 kambing di dewan peperiksaan.Tapi tidak dapat tidak terpaksa jawab dengan segala ilmu dan ingatan yang terbatas.Walaupun markahnya hanya 20 tapi ia bergantung dengan aktiviti pembentangan dan laporan yang mempunyai sumber yang mempunyai nota kaki serta isi yang jelas walaupun hanya dengan copy dan paste yang sudah sebati dengan diri penulis dan kawan2 lain.Ianya suatu tradisi warisan turun temurun yang tidak dapat dipecahkan yang sudah lama menebal dalam mereka yang bergelar mahasiswa.Kemungkinan di peringkat ijazah,kami akan merubah => mungkin kerana di sini hanya  peringkat asasi..namun esok paper tasawur islam (pemikiran/gambaran islam) yang memerlukan istilah dan pemikiran serta idea yang boleh mengembangkan sesuatu hujah.Walaupun sedang larut malam penulis masih belum membacanya,tapi ia merupakan subjek yang mampu untuk menaikkan pointer.Pada bacaan penulis sebenarnya medan peperikaan bukanlah kayu ukur yang sejati untuk dinilai kebolehan prestasi pelajar secara total,tapi ia lebih kepada bersifat motivasi untuk menjaga ilmu yang telah diperolehi.Ramai yang ditemui hebat di dalam peperiksaan tapi setelah itu tiada yang melekat,ada juga mereka yang keputusan peperiksaan  tidak seberapa tapi dari sudut pemahaman,dan ilmu itu difahami dengan baik.Maka dapat dinilai golongan kedua adalah lbih baik mengikut pendapat penulis.Tapi lebih hebat lagi kalau hebat di keputusan dan selepas keputusan exam.Spesis ini agak sukar ditemui kini di alam kampus.

Tapi itu hanya muqaddimah,tiada kaitan dengan tajuk yang ingin penulis sampaikan.Penulis dihujani dengan beberapa soalan mengenai tajuk yang agak kotroversi di atas,seolah -olah ia berbaur politik.Tapi kita harus jangan membuat penilaian terlalu awal tanpa mengetahui kisah disebalik rahsia yang ingin penulis  sampaikan.Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar yang pantang mendengar kritikan mengenai sesuatu yang sesuai dengan fikrahnya.Hasrat penulis ialah "LEPAS NI SEMUA SAHABAT KE UM KL KITA RAPATKAN DAN MASUK DALAM BARISAN KITA,MARI BERSAMA, SAMAKAN BARISAN DI SATU MEDAN.Statement yang dinyatakan adalah bebas dari unsur2 politik luar dan dalam(apa makna 2).Sebab harapan penulis pada sahabat di nilam puri adalah tinggi untuk kita bersama sama di sana  nanti.Banyak perkara2 yang masih belum agak selesai terutama mengenai apa yang membabitkan soal jemaah.Pada hemat penulis,penulis merasakan isu itu bukan suatu masalah yang tidak dapat diterima,tapi yang tidak dapat diterima adalah keadaann merka yang terlibat secara  dengan langsung jemaah yang mencorakkan rentak ini.Seharusnya mereka yang terlibat itu menjadi ikon dan qudwah pada sahabat lain.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,kita telah jauh ketinggalan dalam semua aspek,dari akademik,akhlak,ilmu hatta dalam aspek tarbiyah sekali.Antara yang paling ketara adalah soal solat jemaah terutama subuh.Walaupun kita(termasuk penulis) merupakan orang yang agak kuat bicara soal tarbiyah.Firman Allah dalam as soff "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?(ayat 2).Kerana terlalu banyak bicara beginilah jadinya seperti yang Allah sifatkan di dalam ayat tersebut.tapi bila  ada sahabat yang selalu membuatkan tugas dan kerja2 dibilangnya taklid,tidak ada ilmu..harus ada ilmu dlu sebelum buat sesuatu.dan apa2 yang sama waktu dengannya.Akhirnya segala tugas tidak dibuat dan ianya terus menjadi bahan cerita dan buah mulut untuk diherdikkan pada mangsa.kesian2.Akhirnya apa yang diperolehi dari perbalahan yang tidak mendatangkan manfaat itu,TIDAK ADA SAMA SEKALI.Apa yang harus dipedulikan pada mereka yang suka mempertikai ,tapi tiada langkah yang telah diorakkan untuk membantu bersama.Tapi hanya bijak  berkata ini 'tidak betul,patutnya diorang kena wat camni,dia cakap je pandai,ah sembang je geng depa 2..kenapa depa wat cam tu ek dan pelbagai lagi lontaran2 yang dihujamkan.Teringat satu buku karangan Dr Yusoff Al Qardawi iman dan kehidupan supaya kita bersabar dan terus mengorak langkah.Beliau membuat perumpamaan iman yang ada di hati itu seperti anak ayam yang baru hendak menetas telurnya.Sedikit2 kulit telur ayam itu ditebuk sehinggalah anak ayam tadi mampu memecahkan kulit telur tersebut sebelum ia keluar.Kekadang kita tidak fikir kenapa tuan telur ayam yang melihat situasi ini tidak bantu mengeluarkan anak ayam taersebut dari karung kulitnya.ini kerana dia tahu bahawa anak ayam tersebut sedang melalui proses tarbiyah dan latihan yang telah ditentukan oleh Allah untuk mempersiapkan diri apabila berjaya keluar dari karung telurnya yang penuh cabaran dan dugaan.Maka sahabat yang berada di landasan ini terus istiqamah dan mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang kita mampu sediakan.Kadang kala terfikir juga bahawa kita boleh belajar dari penguin yang hidupnya bergerak dalam jemaah,(wakaka)apa punya analogi daa..tapi penulis pasti isu jamaah ini bukan sahaja baru muncul dan pasti akan muncul di zaman generasi demi generasi sama juga dengan isu bidaah..yang tidak habis2 diperkatakan.Teringat kata seorang penceramah,"kita dok sebok gaduh n bising n balah bahagian kepala mana yang perlu disapu,semua ke,sebahagian ke,3 helai je ke,,padahal orang yahudi dok tunggu nak potong kepala kita..haha adoi..sama je ngan kedudukan tangan di mana di dada atau lain2,di masa yang sama musuh ingin membedil dada kita,, dah pkul 2 dah lewat ,esok pagi nak sambung baca buku k..daa harap maklum

KEMBARA NILAM 2009

Posted by Mohamed Bukhairy | | Posted On Thursday, December 31, 2009 at 2:18 AM




Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,zat yang maha sempurna pada segala afaal,asma',sifat dan segala yang layak bagiNYA,maha suci DIA dari segala apa yang disifatkan padaNYA,TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN DARINYA.Dah lama rasanya tidak ambil peduli mengenai blog serba canggih ni,ramai orang hari -hari up date,kerana ilham dariNYA.Tapi saya tak sampai sampai ilham.(cit podah padahal malas)HUHU.


Bila masa penulis  Streamix.Jadi,dengan rasa malu-malu kerbau adelah cerita hok kawe nk oyak kat sini.Mengenai KEMBARA NILAM 09.Program ni anjuran exco perhubungan luar(MPP),iaitu saudara Zikri bin Mahyudin seorang pejuang yang berani menegakkan keadilan(x pecaya bukalah blog dia,dia yang kata) dengan kerjasama JTK Kenegaraan,etika dan rohani(apa yang rohani pn x tahulah,p jmpa puan rohani tanya).Bagus program ni,sbab dapat jalan2 makan angin(astaghfirullah,ni rupanya koje nya).Melibatkan pimpinan2 UMNP yang BAKAL RESIGN X LAMA LAGI (HEHE).Program ni tujuan nak berkenalan dengan pimpinan2 di UMKL.Jadi ringkas cerita,saya dan si mamat pejuang 2 bertungkus lumus lah settlekan(xnak riak).berapa banyak kali kami turun naik pejabat hntar surat n faks.Banyak prblem,sebab tarikh berubah.Sepatutnya buat 31 dis sampai 2 dis,sekali labu sayung hayun tarikh tukar pulak,23-25 dis,apa lagi biru biji kundanglah muka,maka terpaksa buat dengan cepat.Perancangan agak kelam kabut sebab menunggu ayahanda(bukan ayahanda 3line atau yang seumpama dengan spesisnya) Hj Azarae bn Idris untuk pulang dari China.Tapi segalanya b'jalan lancar kerana di uruskan oleh En.Emran di UMKL.Sekali takde tempat tinggal,dah satu kerja pulak,wat lah surat mohon makan dan tinggal di kolej lapan.Memang kalut,dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam pulak xde,nseb bek ade yang bakal ganti.

Maka hari yang dijanjikan(yaumul wa'du,bahasa arab daa),kami pn berlepas (bkan seperti yang difahami orang awam) ke sana pada rabu malam(terpaksa miss kelas..terutama dr syed..).Melentok lentok kepala tidor dalam bas.Sampai di sana subuh,dan solat di masjid.then terus ke kolej lapan,tapi kunci xde,sbb pjabat x buka lagi.So melanguklah,tunggu.dapat masuk jam 8.15.
then siap2 untuk jumpa MPM di perdana siswa(betulke).Berkenalan dengan pimpinan yang jauh lebih matang dari kami,penuh dengan semangat gaya mereka.Selesai itu sesi soal jawab bersama mereka.Kemudian terus ke API untuk sesi pengenalan pada jabatan2.Kami disambut dengan gembira(xtaw r dalam hati kata apa).Sempat berkenalan dengan pensyarah dari jabatan quran sunnah Dr Mustafa,steady orangnya.Kemudian di pelawa makan bersama mereka.Terpaksalah makan guna sudu garpu,(x sunnah ceh padahal x reti sangat guna).jadi time makan tu,gunalah garpu na sudu nk ptong ayam greng.tapi liat plak,kbtulan pensyarah pengiring(kak zamzarina bukan nama sebenar)memerhati tajam.disebabkan x nak malu,xmakanlah ayam 2(coverlah beb),bila prof2 tu kuar dr dewan mkan apalagi makn ngn tangan r.huhu.

Petang jam 4 p kompleks perdana siswa tadi,dengar ceramah kepimpinan dan sahsiah diri oleh En K. Puniamurthy(wakil HEP).Sangat menarik dengan gaya olahan dan idea yang disampaikan.then ,macam biasa makan lg.pas2 malam kemuncak (jeng jeng).Makan malam bersama ayahanda Azarae(TNC).dapatlah duk di meja VIP.Sempatlah berkenalan dengan En.Emran.Kebetulan,pres2 kolej pun datang gak,mmg terbinalah jalinan ukhwah.dan terdapat rombongan dari China yang merupakan kenalan ayahanda.Ayanda berucap denagn penuh semangat dan penuh harapan untuk membawa suatu generasi islam dengan kerjasama Orang CHINA.(Ayahanda ada suruh wakil nilam puri p China ,sape ye..nantikan).kemudian beliau sempat beramah mesra dengan sahabat2 yang lain. majlis selesai sekitar jam 10.15.


Next day kami pn p jalan2 di sekitar kl.Antaranya pusat sains(free),  penulis sempat bergambar dengan rangka badan manusia .Wah ajaib dan unik ciptaan Allah yang penuh tersusun dengan dan tidak ada yang cacat dalam afaalNYA. Muzium kesenian islam(rm6).menariklah juga(macam x ikhlas je).then p solat jumaat.tiba2,zzzz(bukan tidolah,msg vibrates)buka2 "bleh x pas ni kita pergi times square,jlan2.harap bleh dipertimbangkan".pergh,nala punya msg.tp,depa setuju pakat p lah.kami ni yg syang duit pn ter beli lah anti virus kaspersky2010.so dalam jam 4.15 kami pn gerak ke nilam puri(tammat sudah)