PAS ni masuk BARISAN

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Thursday, March 4, 2010 at 1:52 AM

Alhmdllh ada kesempatan untuk tangan ni menari menaip di laptop ACER (ASPIRE ONE) setelah lama menyepikan diri..(tandanya malas nak up date).Sedang dirundum gelisah pagi tadi apabila exam soalan praktikal ibadat melangkaui pemikiran ortodok yang berdasarkan soalan lepas..tidak terjangka soalan berkaitan dengan dalil dari Al Quran dan hadis mengenai hukum2 jenazah akan dijelmakan dalam soalan.tapi sebenarnya penulis telah diberi tahu oleh al fadil Prof Madya Dr Syukri pensyarah mengenai subjek tersebut tapi dalam bentuk kiasan.katanya pada penulis dan sahabat penulis"enta baca bab janaiz,sebab enta tidak akan mampu untuk mencipta ayatnya untuk SELAMA LAMANYA.Ayatnya tidak boleh enta goreng2 melainkan dengan cara hafaz dengan tepat.Aduh!!!dalam kiasan wujud kenyataan dan itulah realiti yang telah dinyatakan oleh beliau..maka penulis hanya boleh tersenyum ala2 kambing di dewan peperiksaan.Tapi tidak dapat tidak terpaksa jawab dengan segala ilmu dan ingatan yang terbatas.Walaupun markahnya hanya 20 tapi ia bergantung dengan aktiviti pembentangan dan laporan yang mempunyai sumber yang mempunyai nota kaki serta isi yang jelas walaupun hanya dengan copy dan paste yang sudah sebati dengan diri penulis dan kawan2 lain.Ianya suatu tradisi warisan turun temurun yang tidak dapat dipecahkan yang sudah lama menebal dalam mereka yang bergelar mahasiswa.Kemungkinan di peringkat ijazah,kami akan merubah => mungkin kerana di sini hanya  peringkat asasi..namun esok paper tasawur islam (pemikiran/gambaran islam) yang memerlukan istilah dan pemikiran serta idea yang boleh mengembangkan sesuatu hujah.Walaupun sedang larut malam penulis masih belum membacanya,tapi ia merupakan subjek yang mampu untuk menaikkan pointer.Pada bacaan penulis sebenarnya medan peperikaan bukanlah kayu ukur yang sejati untuk dinilai kebolehan prestasi pelajar secara total,tapi ia lebih kepada bersifat motivasi untuk menjaga ilmu yang telah diperolehi.Ramai yang ditemui hebat di dalam peperiksaan tapi setelah itu tiada yang melekat,ada juga mereka yang keputusan peperiksaan  tidak seberapa tapi dari sudut pemahaman,dan ilmu itu difahami dengan baik.Maka dapat dinilai golongan kedua adalah lbih baik mengikut pendapat penulis.Tapi lebih hebat lagi kalau hebat di keputusan dan selepas keputusan exam.Spesis ini agak sukar ditemui kini di alam kampus.

Tapi itu hanya muqaddimah,tiada kaitan dengan tajuk yang ingin penulis sampaikan.Penulis dihujani dengan beberapa soalan mengenai tajuk yang agak kotroversi di atas,seolah -olah ia berbaur politik.Tapi kita harus jangan membuat penilaian terlalu awal tanpa mengetahui kisah disebalik rahsia yang ingin penulis  sampaikan.Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar yang pantang mendengar kritikan mengenai sesuatu yang sesuai dengan fikrahnya.Hasrat penulis ialah "LEPAS NI SEMUA SAHABAT KE UM KL KITA RAPATKAN DAN MASUK DALAM BARISAN KITA,MARI BERSAMA, SAMAKAN BARISAN DI SATU MEDAN.Statement yang dinyatakan adalah bebas dari unsur2 politik luar dan dalam(apa makna 2).Sebab harapan penulis pada sahabat di nilam puri adalah tinggi untuk kita bersama sama di sana  nanti.Banyak perkara2 yang masih belum agak selesai terutama mengenai apa yang membabitkan soal jemaah.Pada hemat penulis,penulis merasakan isu itu bukan suatu masalah yang tidak dapat diterima,tapi yang tidak dapat diterima adalah keadaann merka yang terlibat secara  dengan langsung jemaah yang mencorakkan rentak ini.Seharusnya mereka yang terlibat itu menjadi ikon dan qudwah pada sahabat lain.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,kita telah jauh ketinggalan dalam semua aspek,dari akademik,akhlak,ilmu hatta dalam aspek tarbiyah sekali.Antara yang paling ketara adalah soal solat jemaah terutama subuh.Walaupun kita(termasuk penulis) merupakan orang yang agak kuat bicara soal tarbiyah.Firman Allah dalam as soff "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?(ayat 2).Kerana terlalu banyak bicara beginilah jadinya seperti yang Allah sifatkan di dalam ayat tersebut.tapi bila  ada sahabat yang selalu membuatkan tugas dan kerja2 dibilangnya taklid,tidak ada ilmu..harus ada ilmu dlu sebelum buat sesuatu.dan apa2 yang sama waktu dengannya.Akhirnya segala tugas tidak dibuat dan ianya terus menjadi bahan cerita dan buah mulut untuk diherdikkan pada mangsa.kesian2.Akhirnya apa yang diperolehi dari perbalahan yang tidak mendatangkan manfaat itu,TIDAK ADA SAMA SEKALI.Apa yang harus dipedulikan pada mereka yang suka mempertikai ,tapi tiada langkah yang telah diorakkan untuk membantu bersama.Tapi hanya bijak  berkata ini 'tidak betul,patutnya diorang kena wat camni,dia cakap je pandai,ah sembang je geng depa 2..kenapa depa wat cam tu ek dan pelbagai lagi lontaran2 yang dihujamkan.Teringat satu buku karangan Dr Yusoff Al Qardawi iman dan kehidupan supaya kita bersabar dan terus mengorak langkah.Beliau membuat perumpamaan iman yang ada di hati itu seperti anak ayam yang baru hendak menetas telurnya.Sedikit2 kulit telur ayam itu ditebuk sehinggalah anak ayam tadi mampu memecahkan kulit telur tersebut sebelum ia keluar.Kekadang kita tidak fikir kenapa tuan telur ayam yang melihat situasi ini tidak bantu mengeluarkan anak ayam taersebut dari karung kulitnya.ini kerana dia tahu bahawa anak ayam tersebut sedang melalui proses tarbiyah dan latihan yang telah ditentukan oleh Allah untuk mempersiapkan diri apabila berjaya keluar dari karung telurnya yang penuh cabaran dan dugaan.Maka sahabat yang berada di landasan ini terus istiqamah dan mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang kita mampu sediakan.Kadang kala terfikir juga bahawa kita boleh belajar dari penguin yang hidupnya bergerak dalam jemaah,(wakaka)apa punya analogi daa..tapi penulis pasti isu jamaah ini bukan sahaja baru muncul dan pasti akan muncul di zaman generasi demi generasi sama juga dengan isu bidaah..yang tidak habis2 diperkatakan.Teringat kata seorang penceramah,"kita dok sebok gaduh n bising n balah bahagian kepala mana yang perlu disapu,semua ke,sebahagian ke,3 helai je ke,,padahal orang yahudi dok tunggu nak potong kepala kita..haha adoi..sama je ngan kedudukan tangan di mana di dada atau lain2,di masa yang sama musuh ingin membedil dada kita,, dah pkul 2 dah lewat ,esok pagi nak sambung baca buku k..daa harap maklum

Comments:

There are 1 comments for PAS ni masuk BARISAN

Post a Comment