Hmm..Tinggal Menjadi Kenangan..

Posted by Mohamed Bukhairy | Labels: | Posted On Friday, March 19, 2010 at 1:58 AM

Selesai je exam paper nahu n sorof terdetik di hati"Pas ni aku kena tinggalkan Nilam Puri",bisik hati ni..Hmm.Entah bila boleh jenguk lagi bumi serambi Mekah ni.Nilam puri ni banyak mengajar penulis tentang kehidupan,banyak pahit manis yang dilalui di sini..Teringat sewaktu mendapat tawaran ke um nilam puri,sewaktu tu penulis berada di kedah Kupang..dapat je info dari keluarga terus turun hentian duta then ke kelantan tanpa membawa bekalan baju2,kerana x sempat sebab esoknya adalah hari terakhir pendaftaran.Perjalanan mengambil masa yang lama kerana menggunakan laluan dari Terengganu,lebih kurang 12 jam..sampai je um ni,terus daftar n balik,sampai kerani tu pun pelik,sebab datang semata mata nak daftar..lusanya datang pulak,membazir je.Tapi penulis terpaksa kembali ke kedah untuk ambil barang2 yang masih ada di sana,dari kelantan terus ke rumah,dari rumah terus ke kedah,.bayangkan penat x hilang lagi terus naik motor dengan abang ke kedah pada waktu subuh..nala punya sejuk,tolak jam 5 sampai jam 2 petang.jam 7 terus pulang naik motor 125z ke kl.Masya allah,penatnya Allah je tau,sampai tersengguk2 bawa motor.Sampai pada jam 5 pagi..itulah kepenatan yang xdapat dilupakan hanya kerana untuk belajar di um nilam puri..tapi harapnya kepenatan tu berbaloi dan tidak sia2 begitu sahaja..

Jadilah pelajar um np sem 1..terkejut gak dengan budaya di sini,macam 2 istilah biah solehahlah,ikhtilat, pelik2 je(padahal jahil).Tapi semua 2 mmg perkara yang dilandaskan oleh islam (bukan bidaahlah).Agak terkejut sebab banyak pelajar panggil penulis ustaz,padahal penulis juga penuntut ilmu seperti mereka..hal ini disebabkan wajah penulis agak tua n matured(kononnya).Kemudian ditempatkan dalam kelas majmuah 6,agak tergamam sebab mix dengan student2 muslimat..Pas 2,tiba2 dapat task untuk terjemah kitab.."GILA KE DEPA NI INGAT AKU TOK GURU NAHU MCM SIBAWAIH ATAU KISAI KE"geram hati  penulis.Tapi penulis amik je,buat pekasam sampai je hari yang dinantikan kelam kabut x buat apa2..hhuhu malam 2 mmg x tdow r dok buat n bahagi ckit dgn muslimat.Tapi walaumcm mne pun tetap x menang..tapi x mengapa masih belajar.Macam2 dibuatnya time sem 1 n 2,p jalan2lah,assgmnt copy paste,pergh..sampai bila nak pandai.

Tapi sem 2 agak sengsara sebab ade subjek  math yang agak teramat tidak diminati.Kalau subjek math je ari selasa mmg resah n gundah gulana hati ni,xsdap dduk.Sebab x faham n xdapat nak faham n xnak faham(kejam gila)..kalau habis je atau batal je kelas suatu kesyukuran yang dinntilah. yang xdapat nak ditafsirkan.Tapi malang memang berbau busuk,akhirnya kerana kerakusan dan kebencian yang mendalam itu telah meragut kecantikan pointer penulis dan sekaligus menempatkan penulis untuk menduduki semula subjek tersebut pada  sem akan datang..wargh....berkecai gila hati ni..tapi ini merupakan dugaan harus hadapi juga.Lagi terkejut penulis di lantik jadi  exco kat kolej.dahlah sebelum ni  jarang terlibat dengan kepimpinan,pas 2 program2 mpp/jtk haram mmg x pernah turun wat hal sendiri je,tapi tulah orang kata (god works in mystery ways).Akhirnya terpilih jadi bhgian kenegaraan etika n rohani.Mana x terkejut memang xreti wat kerja,kertas kerja pun xtahu..huhu


Masuk je sem 3,program pertama diletakkan bawah anjuran penulis. program pemantapan akidah .biru biji kundang muka nak settle,tapi ade kawan2 yang yang bertugas.Alhmddlh,Pas 2 barulah berjinak2 dengan tugas2 ni..dan di sinilah belajar untuk tidur lewat sebab wat kerja,di sinilah belajar erti kerjasama,ukhwah,dan benda2 ni manis sekali dirasai.Kdg2 terpksa beljar berlapang dada,tolak ansur.Paling bez,belajar berkorban untuk orng len,(bukan sembelih mcm raya korban).Paling pilu,wat program orang x datang..mmg menyirap(bukan air siraplah),walau iklan dah wat,penceramah  hebat2 pun  masih xdatang juga bdak2 um ni.Di Kelantan ni sempat untuk mendapat keluarga ibu angkat di Jeli,dapatlah juga merasa suasana kampung.Sempat juga p tengok kehidupan orang asli di sekitar sana..dapat juga memahami sebelum difahami..sumanya menjadi pengalaman baru..tapi nak jadi cerita,time final exam sem 3,penulis dapat lulus subjek math,ini bermakna xperlu repeat semula untuk sem 3,waa x tergambar perasaan oo,hanya menjadi teka teki yang meninggalkan 65281 soalan di minda(mcm mana boleh lulus????)

Sem 4 agak mencabar,kerana agak berbeza dengan sem2 sebelumnya(maklumlah sem lastz),subjek2nya bleh tahan.Pendekatan yang digunakan juga agak b'lainan berbanding sem2 sebelumnya.Subjek praktikal ibadat memerlukan kekuatan hafalan yang kuat kerana dipaksa hafal,tapi x hafal2 juga,subjek hadis kena hafal 50hadis..tapi kalau tanya sekarang cmfirm xingat sebab(belajar untuk exam).Time ni juga kalut,sebab kena balance masa dgn pengurusan dan task2 lain..sempat juga buat Hari Terbuka UM NP 2010..dalam keadaan tergesa gesa.Memang banyak rintangan sebab persediaan x rapi,dan penyusunan organisasi agak camca merba,tapi syukur semua berjalan lancar sampai masuk surat khabar..huhu.Teringat juga program di kedah bersama sahabt2 semajmuah.Banyak persediaan depa wat.Sampai p kedah cari sumbangan,3 4 kali turun kedah,mmg btul2 kuat tarbiyah btul depa ni,nasib baik budak2 sek yan 2 baik2,xnaik r darah ni..huhu,tapi di hati ni ade juga rasa mcam xnak push sgt studnt2 nii sebb depa ni cerdik2 belaka,tapi 2 lah,setiap yang berjumpa pasti berpisah jadi menitislah air mata ni sebb berpisah dengan depa..nak wat cam mana,ni berkait dengan perasaan beb,hnya org yang ade rasa je dapat rasa(bukan sivarasa yang peguam india anwar 2lah)


Melatih Geng2 Nordin Mat Top(huhu)
Latihan supaya sayang islam lah

Masuk je minggu exam,bilik2 pun xlah memekak seperti dulu,penulis beranngapan mereka sedang beruzlah untuk mentelaah kitab2 kot di bilik masing2,tapi seperti biasa,penulis dibayangi kertas math sem 2 yang penuh misteri..tapi harapnya dapat lluslah,,habis je paper2 suma,dah terpikir nak balik..tapi awal lagi..jadi plannya p jalan2 di sekitar kelantan.tapi sempat bersama shbat2 majmuah untuk kali terakhir di bachok,mcm biasalah,xde menda len selain makan.huhu,adelah slot teka teki ala2 bombastik,seronoklah juga.Pas tu adelah juga sesi sharing moment,kononnya ukhwahlah..sedih2,nak pisah,adoi lemah btul,tapi keluar juga air mta ni,(jatuhlah saham)huhu.Agak lewat juga habis,sekitar jam 5 petang..malam 2 ade plak Malam Anugerah Kolej wat di Hotel Renaisance..agak grandlah programnya..barisan tertinggi UM pun turun..pengetua2 kolej
Amanat pihak HEP amat berharga dan amat besar harapan mereka untuk melihat lepasan APIUMNP ni di UM KL.. pas 2 ade sesi video n penyampaian hadiah,masa ni mmg DIA uji penulis,ade lah benda yang xdisangka2,dan ianya mmg ajaib.(
 sesi fotografi

 1st b'gmbar dgn roomate,(senyum paksa)

Sahabat2 yang penulis hormati dan sayangi kerana DIA,harapnya hangpa semua teruskan kehidupan masing2 dan manfaatkan cuti sem ni sebaiknya,(kalau korang xbaca blog ni pun xpe)yang penting kita bina kekuatan melalui ukhwah*(ukhwah 2 bkan makan dalam talam je)*,tambahkan duit atau ilmu atau apa2 lah yang boleh ditambah supaya menjadi sesuatu yang bererti dalam hidup ni..yang penting bulan 7 sambng ngji balik d kampus utama.

Comments:

There are 2 comments for Hmm..Tinggal Menjadi Kenangan..

Post a Comment