KEMBARA NILAM 2009

Posted by Mohamed Bukhairy | | Posted On Thursday, December 31, 2009 at 2:18 AM




Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,zat yang maha sempurna pada segala afaal,asma',sifat dan segala yang layak bagiNYA,maha suci DIA dari segala apa yang disifatkan padaNYA,TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN DARINYA.Dah lama rasanya tidak ambil peduli mengenai blog serba canggih ni,ramai orang hari -hari up date,kerana ilham dariNYA.Tapi saya tak sampai sampai ilham.(cit podah padahal malas)HUHU.


Bila masa penulis  Streamix.Jadi,dengan rasa malu-malu kerbau adelah cerita hok kawe nk oyak kat sini.Mengenai KEMBARA NILAM 09.Program ni anjuran exco perhubungan luar(MPP),iaitu saudara Zikri bin Mahyudin seorang pejuang yang berani menegakkan keadilan(x pecaya bukalah blog dia,dia yang kata) dengan kerjasama JTK Kenegaraan,etika dan rohani(apa yang rohani pn x tahulah,p jmpa puan rohani tanya).Bagus program ni,sbab dapat jalan2 makan angin(astaghfirullah,ni rupanya koje nya).Melibatkan pimpinan2 UMNP yang BAKAL RESIGN X LAMA LAGI (HEHE).Program ni tujuan nak berkenalan dengan pimpinan2 di UMKL.Jadi ringkas cerita,saya dan si mamat pejuang 2 bertungkus lumus lah settlekan(xnak riak).berapa banyak kali kami turun naik pejabat hntar surat n faks.Banyak prblem,sebab tarikh berubah.Sepatutnya buat 31 dis sampai 2 dis,sekali labu sayung hayun tarikh tukar pulak,23-25 dis,apa lagi biru biji kundanglah muka,maka terpaksa buat dengan cepat.Perancangan agak kelam kabut sebab menunggu ayahanda(bukan ayahanda 3line atau yang seumpama dengan spesisnya) Hj Azarae bn Idris untuk pulang dari China.Tapi segalanya b'jalan lancar kerana di uruskan oleh En.Emran di UMKL.Sekali takde tempat tinggal,dah satu kerja pulak,wat lah surat mohon makan dan tinggal di kolej lapan.Memang kalut,dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam pulak xde,nseb bek ade yang bakal ganti.

Maka hari yang dijanjikan(yaumul wa'du,bahasa arab daa),kami pn berlepas (bkan seperti yang difahami orang awam) ke sana pada rabu malam(terpaksa miss kelas..terutama dr syed..).Melentok lentok kepala tidor dalam bas.Sampai di sana subuh,dan solat di masjid.then terus ke kolej lapan,tapi kunci xde,sbb pjabat x buka lagi.So melanguklah,tunggu.dapat masuk jam 8.15.
then siap2 untuk jumpa MPM di perdana siswa(betulke).Berkenalan dengan pimpinan yang jauh lebih matang dari kami,penuh dengan semangat gaya mereka.Selesai itu sesi soal jawab bersama mereka.Kemudian terus ke API untuk sesi pengenalan pada jabatan2.Kami disambut dengan gembira(xtaw r dalam hati kata apa).Sempat berkenalan dengan pensyarah dari jabatan quran sunnah Dr Mustafa,steady orangnya.Kemudian di pelawa makan bersama mereka.Terpaksalah makan guna sudu garpu,(x sunnah ceh padahal x reti sangat guna).jadi time makan tu,gunalah garpu na sudu nk ptong ayam greng.tapi liat plak,kbtulan pensyarah pengiring(kak zamzarina bukan nama sebenar)memerhati tajam.disebabkan x nak malu,xmakanlah ayam 2(coverlah beb),bila prof2 tu kuar dr dewan mkan apalagi makn ngn tangan r.huhu.

Petang jam 4 p kompleks perdana siswa tadi,dengar ceramah kepimpinan dan sahsiah diri oleh En K. Puniamurthy(wakil HEP).Sangat menarik dengan gaya olahan dan idea yang disampaikan.then ,macam biasa makan lg.pas2 malam kemuncak (jeng jeng).Makan malam bersama ayahanda Azarae(TNC).dapatlah duk di meja VIP.Sempatlah berkenalan dengan En.Emran.Kebetulan,pres2 kolej pun datang gak,mmg terbinalah jalinan ukhwah.dan terdapat rombongan dari China yang merupakan kenalan ayahanda.Ayanda berucap denagn penuh semangat dan penuh harapan untuk membawa suatu generasi islam dengan kerjasama Orang CHINA.(Ayahanda ada suruh wakil nilam puri p China ,sape ye..nantikan).kemudian beliau sempat beramah mesra dengan sahabat2 yang lain. majlis selesai sekitar jam 10.15.


Next day kami pn p jalan2 di sekitar kl.Antaranya pusat sains(free),  penulis sempat bergambar dengan rangka badan manusia .Wah ajaib dan unik ciptaan Allah yang penuh tersusun dengan dan tidak ada yang cacat dalam afaalNYA. Muzium kesenian islam(rm6).menariklah juga(macam x ikhlas je).then p solat jumaat.tiba2,zzzz(bukan tidolah,msg vibrates)buka2 "bleh x pas ni kita pergi times square,jlan2.harap bleh dipertimbangkan".pergh,nala punya msg.tp,depa setuju pakat p lah.kami ni yg syang duit pn ter beli lah anti virus kaspersky2010.so dalam jam 4.15 kami pn gerak ke nilam puri(tammat sudah)